Program Pemeriksaan Kesihatan dan Pengenalan Supplement

18 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

PEDi Tambun Tulang telah menganjurkan program pemeriksaan kesihatan saluran darah dan jantung. Program pemeriksaan ini dijalankan secara percuma dan telah dihadiri seramai 7 orang peserta termasuk kakitangan PEDi Tambun Tulang. Program ini dijalankan pada 17 Januari 2024 iaitu pada hari Rabu pada jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang.

Bermula dengan pemeriksaan kesihatan secara percuma pada saluran darah dan jantung kemudiannya kepada sesi pengenalan supplement kesihatan yang ingin diperkenalkan oleh pihak PEDI. Selain dapat menjalinkan kerjasama yang erat antara kedua-dua pihak, pihak kakitangan PEDi juga sempat menerangkan tentang fungsi dan perkhidmatan PEDi kepada peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali